Notis: Sila lengkapkan Borang PENYERTAAN IBADAH QURBAN 2024 - yang akan diadakan pada 18 Jun 2024.

Akhbar Buletin TV3 - 11 Mac 2023

Imarah masjid cabaran utama tegakkan syiar Islam – Fadillah

KUCHING: Cabaran dalam menegakkan syiar Islam bukan hanya terletak pada usaha untuk membina dan membangunkan masjid atau surau sebaliknya ia terletak pada usaha untuk mengimarahkan rumah ibadah terbabit.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, untuk berhadapan dengan cabaran berkenaan, rumah ibadah itu perlu sentiasa diisi dengan pelbagai program dan majlis ilmu yang sesuai dengan ehwal Nur Islam.

“Seperti yang kita hasratkan rumah Allah ini bukan untuk menjalankan ibadah khusus sahaja, bukan untuk kita solat sahaja tetapi pelbagai program sesuai dengan ehwal Nur Islam sebab kita nak rapatkan silaturrahim, ikatan kasih sayang orang islam ini,” katanya

Beliau Berkata demikian ketika berucap merasmikan Masjid Ikhwanur Islam di Taman Sukma, dekat sini.

Masjid yang dibina dengan kos RM17 juta menerusi peruntukan Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutan masing-masing berjumlah RM8 juta dan RM5 juta manakala selebihnya menerusi sumbangan masyarakat setempat.

Masjid terbabit dibina bagi menggantikan masjid lama yang tidak dapat lagi menampung pertambahan 3,000 jemaah pada satu-satu masa.



Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama