Sejarah Masjid Taman Sukma

Lot 4324

Sejak tahun 1991, Masjid Ikhwanul Islam telah diurus oleh Jawatankuasa yang berwibawa, dinamik, professional, tulus, ikhlas, aktif dengan program-program dakwah, ilmiah, kegiatan kebajikan dan sosial. 

Disebabkan oleh kecemerlangan dan kecekapan pengurusan, Surau Ikhwanul Islam Taman Sukma (SIITS) telah dianugerahkan sebagai Surau Contoh Ma’al Hijrah 2003 dan dinaik taraf sebagai Masjid pada tahun 2004

Pada kebiasaannya Surau ini popular dengan panggilan 'Surau Taman Sukma' tetapi setelah dinaiktaraf kepada sebuah Masjid ianya lebih popular dengan panggilan 'Masjid Sukma'

Memandangkan Masjid ini tiada berpagar,  terlalu dekat dengan jalan raya yang lebar serta mempunyai lot parking yang sesuai maka Masjid ini dianggap 'mesra jemaah' dan semakin popular bukan saja dikalangan penduduk Taman Sukma tetapi taman-taman disekitar. Ditambah lagi dengan pengurusan yang baik lagi profesional. 

Disebabkan oleh cabaran kebanjiran jemaah Masjid ini terpaksa melalui beberapa perubahan dan renovasi. Pada awalnya ditambah dengan kanopi untuk jemaah bersolat jumaat,
 
Ubah suai pertama yang dilakukan ialah projek pembesaran premis setleah khemah yang didirkan diterbangkan oleh angin kencang pada 20 September 2008. Selepas itu JKP tidak memandang ke belakang dan terus membuat pembesaran demi pembesaran.

Catat Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina

Terbaru Lebih lama