Notis: Sila lengkapkan Borang PENYERTAAN IBADAH QURBAN 2024 - yang akan diadakan pada 18 Jun 2024.

Al-Quran Cetakan Khas

Sempena perasmian bangunan baharu MIITS, JK Pembinaan telah menempah sejumlah 2,000 naskah cetakan Khas Al-Quran Al-Karim Al-Mujawwad dengan Panduan Waqaf dan Ibtida'  sebagai hadiah, inshaAllah


Butir-butir Al-Quran seperti berikut:
  • Berukuran 23 x 32 x 3.5 cm 
  • Muka Buku: Hardcover
  • Warna Dalam: Berwarna

Kelebihan Al-Quran ini:
  • Mempunyai 3 kod warna sebagai panduan bagi waqaf dan Intida'
  • Penerangan hukum tajwid dan perkataan-perkataan pilihan sahaja diwarnakan dengan warna kuning
  • Huraian hukum tajwid secara jelas disebelah kanan dan kiri jidar dalam setiap muka surat

Fungsi 3 warna:

  • Warna Merah - Bagi ayat berwarna merah, pembaca boleh memberhentikan pembacaan (waqaf) diakhir perkataan berwarna merah dan memulakan semula bacaan (ibtida') diawal perkataan yang berwarna merah.
  • Warna Hijau - Bagi ayat yang ber warna hijau yang terletak dihujung ayat yang merah, pembaca boleh berhenti pada akhir perkataan yang berwarna hijau dan tidak perlu memulakan bacaan diawal perkataan berwarna merah.
  • Warna Biru - Pembaca boleh berhenti diakhir perkataan yang berwarna biru dan memulakan semula bacaan pada perkataan selepasnya dan tidak perlu mengulang kembali perkataan yang berwarna biru itu.


Lain-lain fakta:

  • Cadangan mencetak Al-Quran - Haji Zamahari Bin Haji Ahmad
  • Dipersetujui dan disokong oleh Pengerusi dan YAB Dato Sri Fadillah Bin Yusof
  • Diserahkan kepada Haji Omarali Matjais sebagai Ketua Biro Publisiti dan IT untuk mereka-bentuk kulit dan keseluruhan naskah
  • Reka bentuk Kulit oleh Ustaz Muhammad Umair Bin Abdul Wahab
  • Reka bentuk QRCode - Abdul Khaaliq Ahmad
  • Semak, setting reka bentuk dan end-page bersama pembekal dan pencetak (Telaga Biru Sdn Bhd) - Haji Omarali Matjais & dibantu oleh Abdul Aziz Bin Dato Sri Abdul kadir.
  • Urusan logistik & transportasi - Haji Omarali Matjais, Haji Abdul Aziz bin Dato Sri Abdul Kadir dan Mohamad Raihan Wahid.


 

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama