Teks Ucapan Pengerusi MIITS

Deraf Teks ucapan Pengerusi Masjid, Haji Mohamad Ibrahim Nordin pada Majlis Perasmian bangunan Masjid baharu MIITS pada 10 Mac 2023
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillahi Rabbilalamin…

Yang Mulia Pengacara Majlis _________________ merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma.

  • Yang Amat Berhormat, Dato Sri Fadillah Bin Haji Yusoh, Timbalan Perdana Menteri dan Penaung MIITS
  • Yang Amat Berbahagia Datin Sri Hajah Ruziah Binti Mohd Tahir
  • Yang Berhormat  ………………………….…
  • Yang Berbahagia …………………………..
  • Yang Berbahagia Dato-Dato, Datin-Datin
  • Yang berbahagia Ketua Kaum Taman Sukma Tuan Haji Mohamad Bin Tuah merangkap Penasihat MIITS.
  • Yang Berusaha Tuan Haji Shafiee Mokhtar, Pengerusi Preasmian merangkap Penasihat MIITS
  • Ahli Jawatakuasa Pembinaan & Pengurusan Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma serta 
  • Pegawai-Pegawai Masjid dan semua kariah yang dihormati sekelian

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya kita beroleh kesihatan yang baik serta kelapangan masa untuk dapat hadir dalam Majlis Perasmian premis Masjid baharu malam ini. 

Dato2, Datin2, Tuan2 dan Kariah Yang Dirahmati Allah Sekelian.

Surau di Taman Sukma bermula pada tahun 1991 yang mana pada ketika itu bangunan Pejabat Tapak Pembinaan SPPS diubahsuai menjadikan bangunan surau sementara yang hanya muat sekitar 30 orang. 

Atas usaha keras Pengerusi masa itu - Wan Abdul Molok Wan Hossen dan Syed Yusof Syed Abdullah - akhirnya pada 1996 telah diletak BATU ASAS bagi pembinaan bangunan Surau baharu yang mana disempurnkan oleh Premier Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Openg, (pada ketika itu sebagai Menteri Perindustrian). Antara yang hadir ialah TPM Tun Abdul Ghafar Baba, Menteri Muda di Pejabat ketua Menteri, Awang Tengah Ali Hassan dan Datin Paduka Hajah Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi.

Bangunan Surau tersebut siap pembinaannya pada akhir tahun 1999 dan mampu menampung 300 jemaah dan dengan rasminya diberi nama SURAU Ikhwanul Islam Taman Sukma.

Pada November 2004 - SURAU MIITS telah dinaik taraf kepada sebauh MASJID tetapi hanya dibenarkan mendirikan Solat Jumaat setahun kemudian.

Disebabkan oleh kepadatan penduduk sekeliling dan keberkesanan program-program yang dibawa oleh Jawatankuasa-jawatankuasa seterusnya maka surau ini semakin popular terutama sekali hari-hari tertentu — maka pada tahun 2006 YAB Dato Sri telah menasihatkan saya menubuhkan JK PEMBANGUNAN bertujuan membesarkan ruang Masjid seperti:-

Mengambil alih lot parking dibelakang Masjid menjadikan sebagai ruang solat tambahan.

Menambah ruang Solat yang berhawa dingin di sebelah kanan 

Dato2, Datin2, Tuan2 dan Kariah Yang Dirahmati Allah Sekelian.

Sebagai Rekod kita telah menerima ANUGERAH atas pentadbiran yang cekap, program imarah yang mantap lagi popular serta pentadbiran perakauanan yang cemerlang,:-

  1. Pada 2004 - Dianugerah sebagai SURAU Contoh Maal Hijrah
  2. Pada 2007 - Dianugerahkan sebagai MASJID Contoh Maal Hijrah
  3. Pada November 2022 - Di anugerah sebagai Masjid Cemerlang dengan 4 Bintang
  4. Sejak 5 tahun lalu telah dipilih oleh Tabung Haji sebagai tempat Kursus Haji

Di samping itu, pihak kita juga telah  menambah perkhidmatan untuk kariah seperti:-

  1. Perkhidmatan Fardhu Kifayah & Rumah Jenazah (Rumah jenazah yang baharu mengantikan bangunan lama sedang dalam pembinaan)
  2. Perkhidmatan Van Jenazah
  3. Perkhidmatan Melupus Al-Quran
  4. Perkhidmatan Jurunikah dan terakhir ..
  5. Perkhidmatan Keselamatan, selain ..
  6. Perkhidmatan Mengajar Al-Quran
  7. Mengadakan Kursus Haji Tahunan bersama Tabong Haji
  8. dan banyak lagi kursus2 maupun fardhu ain dan fardhu kifayah

Dato2, Datin2, Tuan2 dan Kariah Yang Dirahmati Allah Sekelian. 

Pada Tahun 2016 sekali lagi YAB Dato Sri menasihatkan kami menubuhkan JK PEMBINAAN - kali ini bertujuan membina Bangunan baharu demi menampung pertambahan jemaah. Kami telah menghadapi banyak tarik-tali berhubung tapak pembinaan. Dan akhirnya di tempat inilah kita bermastautin. InsyaAllah segala yang terjadi itu adalah kehendak Allah jua.

Pada tahun 2018 - Lakaran Masjid telah diluluskan dan Serah tapak bermula pada November 2019.

Pembinaan dijangka siapa dalam 18 bulan iaitu pada Oktober 2021 tetapi disebabkan oleh karenah Covid19 maka projek ini tergendalan selama 2 tahun.

Sedikit tentang Masjid baharu

  1. Masjid ini boleh menampung 3,000 jemaah jika digunakan hingga ke ruang legar (perasan tak Surau SPPS (30 orang), Surau Lama (300 org) dan sekarang (3,000 orang)
  2. Berkonsepkan Cahaya atas Cahaya (kita banyak mengunkan kaca serta ruang yang mesra alam)
  3. Menara berukuran -99 kaki memberi erti Asma-ul Husna
  4. Warna kubah menyerupai Kubah Masjid Nabawi di Madinah
  5. Hiasan dalaman yang kontemporari
  6. Fasiliti yang modern lagi terkini

Dato2, Datin2, Tuan2 dan Kariah Yang Dirahmati Allah Sekelian.

Dengan munculnya bangunan yang indah ini, saya tidak dapat lari dari menyebut dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada:-

YAB Premier Sarawak - Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg atas sumbangan dana sebanyak RM8.0 juta

Yang Amat Berhormat, TPM Dato Sri Fadillah Bin Yusof, atas kerja keras menolong meminta daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM5 juta

Dan sumbangan Waqaf Ahli Korporat serta rakyat biasa sebanyak RM4.5 juta. Menjadikan seluruh kutipan sebanyak RM17.5 juta

Tidak dilupakan juga AHLI JK Pembinaan yang bertungkus lumus sejak 4 tahun lalu terutama sekali SO kita, Haji Zamahari Ahmad yang hampir tiap hari berada ditapak sehingga siapnya bangunan ini.

Juga kepada jemaah-jemaah yang memberi sokongan dan maklum balas yang positif ke arah kebaikan Masjid kita.

Dato2, Datin2, Tuan2 dan Kariah Yang Dirahmati Allah Sekelian.

Sekarang adalah tugas kita semua untuk memberi NUR kepada masjid ini agar kitak tidak ditagih oleh Allah diakhirat nanti. Mari kita bawa anak-anak kita ke Masjid samada mereka solat atau bermain. Kita telah sediakan tempat solat yang jauh dari gangguan bising jika anak-anak kita bermain di luar sana.

Dato2, Datin2, Tuan2 dan Kariah Yang Dirahmati Allah Sekelian.

Bergerak kehadapan- selain pembangunan fizikal masjid, kita juga terus menumpukan kepada peningkatan kualiti pembangunan insan melalui penyampaian ilmu kepada para jemaah. Visi masjid ke arah membina dan memacu masyarakat cemerlang memerlukan usaha-usaha bersepadu termasuk unsur utama iaitu  kemenjadian insan berilmu. 

Ilmu adalah punca hidayah dan iman. Orang yang bertakwa secara asasnya melaksanakan perintah Allah SWT dalam masa yang sama meninggalkan laranganNya. Kita mesti berilmu untuk mengenal perintah dan larangan seterusnya beriman kukuh iaitu mempercayai Allah SWT menyediakan  balasan baik dan buruk di akhirat untuk menjadikan kita patuh dan taat akan perintah dan larangan. Semua disurat  dan tersirat dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah. Kita membaca bertahun-tahun untuk betul baca tetapi tidak tahu makna dan faham maksud. 

Dato2, Datin2, Tuan2 dan Para kariah Yang Dikasihi Allah Sekelian.

Sebagai pengakhir kata kami Ahli Jawatankuasa Pembinaan merakamkan setinggi-tinggi pengahargaan kepada seluruh ahli kariah Taman Sukma dan seluruh Mukim yang telah bersama-sama menyumbang buah fikiran, tenaga dan kewangan untuk menjayakan segala program, projek dan aktiviti yang dianjurkan oleh masjid. Khususnya kepada Dato, Datin, Tuan dan Puan yang sudi hadir bersama-sama dalam Majlis malam ini serta sentiasa bersama kami dalam apa juga majlis yang kami aturkan. Wajah yang sama. Kami menyusun jari sepuluh, mohon kemaafan atas segala kesalahan dan kesilapan serta tingkah laku dan tutur kata yang tidak sesuai sepanjang kita bersama-sama di dalam atau di luar masjid. 

Sekian, Terima kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Disediakan oleh Haji Omarali

Catat Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina

Terbaru Lebih lama