Notis: Sila lengkapkan Borang PENYERTAAN IBADAH QURBAN 2024 - yang akan diadakan pada 18 Jun 2024.

Bermulanya Lot 4324



Sejarah Permulaan Lot 4324

SURAU Taman Sukma bermula pada tahun 1991 yang mana pada ketika itu bangunan Pejabat Tapak Pembinaan SPPS diubahsuai menjadikan surau sementara yang hanya muat sekitar 30 orang. 

Atas usaha keras ahli Jawatankuasa pada masa itu akhirnya pada 1996 telah diletak BATU ASAS bagi pembinaan bangunan Surau baharu yang mana disempurnkan oleh Premier Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Openg, (pada ketika itu sebagai Menteri Perindustrian). Antara yang hadir ialah TPM Tun Abdul Ghafar Baba, Menteri Muda di Pejabat ketua Menteri, Awang Tengah Ali Hassan dan Datin Paduka Hajah Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi.

Majlis Pecah Tanah pada 4 September 1996


Lot 4324 Siap sepenuhnya pada Disember 1999

Bangunan ini siap pembinaannya pada akhir tahun 1999 dan mampu menampung 300 jemaah dan dengan rasminya diberi nama SURAU Ikhwanul Islam Taman Sukma.

Pada November 2004 - SURAU MIITS telah dinaik taraf kepada sebauh MASJID tetapi hanya dibenarkan mendirikan Solat Jumaat setahun setengah kemudian.

Disebabkan oleh kepadatan penduduk sekeliling dan keberkesanan program-program yang dibawa oleh komiti-komiti berikutnya maka surau ini semakin popular terutama sekali di hari-hari tertentu.  Maka pada tahun 2006 YAB DS Fadillah Bin Yusof telah menasihatkan menubuh JK PEMBANGUNAN bertujuan membesarkan ruang Masjid dan hasilnya:
i. Mengambil alih lot parking dibelakang Masjid menjadikan sebagai ruang solat tambahan.
ii. Menambah ruang Solat yang berhawa dingin di sebelah kanan

REKOD CEMERLANG
Sebagai Rekod kita telah menerima anugerah atas pentadbiran yang cekap, program imarah yang mantap lagi popular serta pentadbiran perakauanan yang cemerlang,:-
a. 2004 - Dianugerah sebagai SURAU Contol Maal Hijrah
b. 2007 - Dianugerahkan sebagai MASJID Contoh Maal Hijrah
c. November 2022 - Sebagai Masjid Cemerlang dengan 4 Bintang

Kebelakangan ini perkhidmatan yang disediakan termasuk:-
Selain ceramah dan aktiviti tentang ibadah khusus kami juga telah juga menambah perkhidmatan untuk kariah seperti berikut:

1. Perkhidmatan Fardhu Kifayah/Rumah Jenazah
2. Perkhidmatan Van Jenazah
3. Perkhidmatan Melupus Al-Quran
4. Perkhidmatan Jurunikah dan terakhir ..
5. Perkhidmatan Keselamatan, selain ..
6. Perkhidmatan Mengajar Al-Quran
7. Kursus Asas Haji bersama Tabong Haji

Rumah Jenazah yang baharu mengantikan bangunan yang lama sedang dalam pembinaan, InsyaAllah 


Disediakan oleh: Haji Omarali Matjais

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama