Notis: Sila lengkapkan Borang PENYERTAAN IBADAH QURBAN 2024 - yang akan diadakan pada 18 Jun 2024.

Pertemuan Dengan Datuk Dr Ustaz Zahazan Mohamed

2 Februari 2023 | 11 Rejab 1444H | Telaga Biru Sdn Bhd, Damansara

Saya dan Tuan Haji Abdul Aziz Dato Sri Abdul Kadir telah berkunjung ke Pejabat Telaga Biru Sdn Bhd (TBSB) di Damansara dalam urusan penyemak terakhir reka bentuk kulit AlQuran dan menetapkan hari dan cara penghantaran ke Kuching.

Sejak Disember 2022 saya telah aktif berhubung dengan pegawai TBSB, Ustaz Fuad Ismail mengenai Rekabentuk, harga, kualiti, kuantiti serta pembayaran invois Al-Quran. 

Pada petangnya, kami telah dibawa melawat kilang mencetak Al-Quran di Sungai Buloh. Sebelum itu Datuk telah menghadiahkan kami masing-masing senaskah buku "Ensaiklopedia Sirah Kekasihku Muhammad".Buku ini hanya berada dipasaran pada Februari 2023.

Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed (D.P.S.M.) berusia 46 tahun dan merupakan Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Melaka 2014. Beliau merupakan penceramah bebas yang aktif di stesen televisyen, radio dan media sosial dan banyak menulis pelagai buku agama.

Sebagai rekod Datuk Dr Ustaz Zahazan pernah memberi ceramah di Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma pada 15 Febriaru 2011 bersempena sambutan Maudil Rasul 1432H
 
Catatan - Omarali Matjais, Ketua Biro Pencetakan & IT

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama