AL-Quran adalah teras dan landasan kehidupan bagi setiap umat Islam di dunia ini. Justeru itu adalah wajib bagi setiap muslim mempelajarinya di samping memperbetulkan makhraj dan sebutannya dari semasa ke semasa supaya ia lebih indah dan sempurna.
Khidmat kemasyarakatan AJK masjid dalam memberikan pendidikan dan membimbing di kalangan remaja taman sukma untuk mencintai al-Quran adalah sesuatu perkara yang harus di hargai. Bagi merealisasikan hasrat ini tercapai, suatu program diadakan di kalangan remaja taman sukma di musim cuti sekolah.
suatu program celik al-Quran dan hafazan diadakan untuk para remaja taman sukma, yang di kendalikan oleh tiga tenaga pengajar iaitu ust Hj tarmizi,imam hj zakaria dan ust wan ab rahman. 44 peserta yang terdiri dari remaja dan kanak-kanak dari penduduk Taman Sukma.
Program yang bermula 1 hingga 26 Disember, mendapat kerjasama daripada pihak ajk Masjid Ikhwanun Islam dan orang ramai yang begitu perihatin.terima kasih jua kepada Setia Usaha Masjid Encik Daud bin othman yang mengitu aktif dalam sudut kebajikan masyarakat.
Melalui program itu, sasaran utama adalah kepada golongan pelajar sekolah rendah, remaja dan dewasa, bertujuan mendedahkan al-Quran di semua peringkat umur di samping menanamkan minat untuk mencintai al-Quran.
Sepanjang sebulan, antara program dijalankan adalah seperti, mengadakan kelas hafazan, tasmik dan hukum tajwid
sekarang kelas tersebut sedang berlangsung,apa yang dapat saya rumuskan disini ialah kelihatan peserta program begitu berminat dan sanggup menghafaz ayat -ayat al-quran (muqaddam) termasuk surah yasin dan sajadah.Alangkah bertuahnya ibubapa yang memiliki anak-anak yang dididik dengan al-quran.semoga anak kita memperolehi ilmu dan menghafaz al-quran dengan cemerlang serta mendapat limpah rahmatNya
Catatan: Wan
Salam, saya berharap program ini d teruskn utk masa hadapan & juga program2 lain yg bermanfaat utk remaja2 sukma.. di sini saya berharap pihak masjid memainkan peranan utk membuat program2 yg manfaat kpd pemuda-pemudi & semua penduduk tmn sukma..tahniah..
BalasPadamassalmualaikum..betul tu..aku setuju..kalau boleh,banyakkan lagi prgrm utk remaja supaya dapat menarik perhatian mereka utk dtg ke masjid.
BalasPadamSyabas,
BalasPadamHarus diteruskan pada cuti akan datang