Dalam hidup ini, kita bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Ulamak telah mengklasifikasikan manusia kepada empat (4) jenis iaitu :
Empat jenis manusia :
1. Orang yang tahu, dan dia tahu bahawa dia tahu ; Itulah orang yang berilmu – ikutilah mereka.
2. Orang yang tahu, tetapi tidak tahu bahawa dia tahu ;Itulah orang yang lalai – berilah mereka peringatan.
3. Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu ; Itulah orang yang jahil – ajarlah mereka.
4. Orang yang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu ; Itulah orang yang bodoh dan degil - Oleh itu, tinggalkan mereka.
Oleh itu, marilah kita mengutamakan teman dri golongan pertama di atas. Insyaallah kita akan dapat banyak manfaat
Oleh,
Ibn Hashim al-Kelantani
28 Februari 2009
Tags
Artikel