Atas desakan kebanjiran jemaah terutama fardhu Jumaat yang telah sekian lama bersolat di luar bangunan Masjid dan jika diberi keselesaan dianggarkan sejumlah 1,800 jemaah di Taman ini akan menunaikan solat Jumaat. Oleh itu JK Pembangunan yang diketuai oleh YB Haji Fadillah Haji Yusof, Ahli Parlimen Petra Jaya telah memulakan projek mengumpul dana untuk membina Masjid dengan dana permulaan sebanyak RM2.50 juta.
MIITS adalah yang paling aktif dan paling meriah disekitar bandaraya. Rekod yang konsisten bagi solat fardu suboh ialah antara 90 - 120 jemaah dan Magrib dan Isya’ mencatat diantara 100 – 150 jemaah. Solat Zohor dan Asar walaupun berkurangan iaitu di antara 70 – 90 jemaah, tetapi sudah cukup menampilkan sebagai Masjid yang menjadi pilihan ramai.
Setelah menerima watikah mendirikan solat jumaat pada 11 May 2006- AJK terus menambah ruang solat sementara mengunakan khemah di kawasan parking lot. (Nota: Surau MIITS telah dinaiktaraf kepada Masjid pada 30 November 2004)
Ogos 2006 - Sementara mengumpul dana, JK Pembangunan mula memulakan dengan Projek Pembesaran Ruang Masjid bagi memenuhi keperluan semasa. Maka bermulalah pembesaran ruang solat dengan mengambil alih lot letak kereta di belakang Masjid yang selama ini hanya ditambah sementara dengan khemah.
Setelah menerima watikah mendirikan solat jumaat pada 11 May 2006- AJK terus menambah ruang solat sementara mengunakan khemah di kawasan parking lot. (Nota: Surau MIITS telah dinaiktaraf kepada Masjid pada 30 November 2004)