Peranan Penceramah vs JAIS vs Jemaah

Berbeza dengan pencermah politik, apa yang jemaah ingin perolehi daripada para penceramah agama adalah ilmu agama. Tugas penceramah pula untuk menyampikan serta menyebarkan ilmu kepada jemaah. Equation ini amat mudah untuk dihadam!

Kedua-dua pihak di atas bertujuan menambah nilai ilmu yang sedia ada yang matlamat akhirannya ialah syurga.

Tetapi dalam keghairahan berdakwah ada beberapa individu (asatizah) gagal menjaga adab dan disiplin sebagai penyampai ilmu. Hasilnya menimbulkan polimik dan sensitiviti umat dan natijahnya mencacatkan agama islam itu sendiri.

Disarankan, sebelum menerima undangan, para asatizah perlu membuat kerja rumah tentang audien mereka dan menilai beberapa faktor. Antaranya tahap intelek audien. Jangan ambil pukul rata kononnya penceramah lebih tahu daripada pendengar. Harus diingat jemaah sekarang hanya bersifat sami’na wa’ataqna dalam hal isi Al-Quran dan Hadis sahaja tetapi mendengar dengan minda yang kritikal terhadap keupayaan berceramah maupun tahap ketangkasan kognitif penyampai.

Ringkasnya jemaah mampu menilai kualiti seseorng pencermah samada penceramah yang padat berilmu atau penceramah yang sekadar mengulang yang diceduk dari u-Tube maupun medsos.

Saya kurang pasti kriteria mengeluarkan tauliah berceramah kepada penceramah tetapi saya yakin JAIS juga kurang selesa jika mengunakan masjid sebagai platfom untuk melepaskan geram atau menyerang orang/kumpulan lain.

Demi menjaga sanksiti Majlis Islam dan khususnya agama Islam itu sendiri sepatutnya pihak berkuasa memandang serious terhadap penceramah yang bersifat kombatif dan lari daripada objektif sebenar.

Pada hakikatnya Masjid adalah rumah Allah- rumah yang pemiliknya secara mutlak adalah Allah. Ertinya Masjid bukan milik Majlis islam atau golongan yang membinanya. Maka tiada siapapun samada individu atau kumpulan tertentu yang boleh melakukanperkara perkara yang tidak diizinkan oleh Allah.

Kita kena pertahankan bahawa selain daripada menjadi lambang atau syiar Islam, masjid juga merupakan pusat perkembangan ajaran Islam dan pusat perhimpunan untuk menyatupadukan umat islam, bukan untuk diporak perandakan oleh penceramah yang bercita-cita tinggi.

Omarali (Admin)
Bandar Sri Begawan
30/12/2022 

Nota:
#Komentar ini adalah pendapat penulis sendiri dan tidak kena mengena dengan pendapat JPM MIITS

Catat Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina

Terbaru Lebih lama