Notis: Sila lengkapkan Borang PENYERTAAN IBADAH QURBAN 2024 - yang akan diadakan pada 18 Jun 2024.

Senarai Semak Program Ibadah Qurban

MIITS | KOMENTAR

Panduan Penting untuk Program Ibadah Qurban 

10 bulan sebelum:

1. Kenalpasti tempat berkorban dan tempat kandang dan tempat menyembelih. Faktor ini penting sebelum membuat keputusan jumlah sapi, skala program, keselamatan haiwan, Kandang vs tambatan Haiwan, kesesuain tempat melapah dsb. 

2. Menempah Haiwan Qurban (HQ) daripada pembekal dengan bersyarat seperti merekod nombor HQ yang ditempah, harga, jadual bayaran, bila penghantaran dan mitigasi risiko oleh ke dua belah pihak.

3. Setelah mengetahui harga seekor HQ- Buat ketetapan tentang nilai untuk satu bahagian dan jumlah kuantiti daging yang akan diaqadkan dengan peserta. (AQAD untuk bahagian peserta adalah amalan JK Masjid Taman Sukma sahaja)

4. Mulai mencari peserta melalui iklan dengan sasaran utama peserta yang membuat bayaran secra ansuran. Perjelaskan jumlah bayaran setiap ansuran.

5. Teruskan berkempen terutama bulan puasa dan musim Hari Raya Aidil Fitri.


3 Bulan Sebelum Program


1. Buat pelan atau work flow dari kandang hingga ke kaunter agihan.

2. Tubuh komiti kecil sekitar 5-6 orang yg akan membuat keputusan berimpak tinggi tentang menyemak perkakas dan mencari sukarelawan yang boleh berkerja. Jangan ambil orang yg tidak pandai bekerja secara pasukan.

3. Cipta dan bincang Timeline sebagi panduan supaya kerja (Operasi Program) lebih tersusun dan akhirnya tidak kelam kabut disebabkan oleh tiada perancangan awal. Dalam Timeline pastikan tarikh tempah haiwan, Mulai kempen kepada jemaah, tarikh tutup bayaran, 

4. Komiti mesti membuat ketetapan awal seperti- Sasaran agihan kpd 
fakir/Asnaf , orang awam termasuk jiran-jiran walaupun berada dan sukarelawan, 


01 Bulan sebelum Program

Majukan Sura
t kepada Vetereri, Bomba, LAK, DBKU, Majlis Islam, Jemputan
  • Bomba - Memohon bantuan menyuci tapak setelah selesai program
  • Lembaga Air Kuching - Memohon mengunakan Pili Bomba dan salinan ke Bomba
  • DBKU - Memberitahu program jika melibatkan jalan tersekat dan tempat Penyembelih serta pengecualian daripada 'Tempat menyembelihan Khas'
  • Majlis Islam - Info tentang penyemebelihan 
  • Vetenari - Memohon memeriksa kesihatan Lembu 2 hari sebelum dikorbankan
  • Jemputan - Jika melibatkan orang kenamaan
Pengurusan Aset & Perkakas
  1. Semak Integriti Aset dan perkakas yang lama. 
  2. Buat keputusan samada nak baikpulih atau ganti.
    02 Hari sebelum Program
    • Sediakan Kandang
    • HQ selamat diterima 
    • Hubungi Veterarina bertujuan memastikan HQ layak atau tidak untuk dikonsumpsi
    • Kenalpasti Krew yang menjaga Malam dan memberi Makan
    • Kemaskinikan Tapak Program dengan segala kelengkapan.

    01 Hari Sebelum Program
    • Tapak - All System Go!
    • Semak Kebersihan Tapak sebelum Program
    • Semak kecukupan Pembungkus dan Minuman

    00 Realtime
    • Doa Selamat sebelum bermula
    • Safety Briefing

    01 Pasca Program
    • Kebersihan Tapak- dengan bantuan Bomba dan JK Kebersihan.
    • Pengurusan Aset - Rekod-senaraikan aset-aset kepunyaan JK Ibadah Quraban dan serahkan lapuran kepada JKP.
    • Pengurusan Perkakas- semak semula dan buat penjumlahan serta kebersihan perkakas. Jangan biarkan kotor dan disimpan dengan baik.Jika berpotensi berkarat-pastikan diberi minyak yang sesuai.
    • Surat Terima Kasih kepada penderma, Agensi kerajaan, perseorangan  dan ahli koopted
    • Penutupan Akaun (maha Penting)
    • Post-Mortem




    Catat Ulasan

    Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

    Terbaru Lebih lama