Notis: Sila lengkapkan Borang PENYERTAAN IBADAH QURBAN 2024 - yang akan diadakan pada 18 Jun 2024.

Akhbar TVS Sarawak - 5 Mac 2023

Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma mampu muatkan sehingga 3,000 jemaah 


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (dua kanan) bersalaman dengan jemaah selepas menghadiri Majlis Perpindahan Masjid Baru Ikhwanul Islam Taman Sukma. Foto: TVS


KUCHING, 5 Mac: Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma yang baharu mampu menampung sehingga 3,000 jemaah pada satu-satu masa.


Masjid berkenaan mula dibina tiga tahun lalu bagi menggantikan masjid lama yang tidak lagi mampu menampung pertambahan jumlah jemaah di kawasan itu.



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembinaan masjid berkenaan menelan kos sebanyak RM17 juta mendapat sebahagian pembiayaan Kerajaan Sarawak dan Persekutuan selain turut mendapat sumbangan daripada orang ramai.


“Sebenarnya pembinaan masjid ini sudah dirancang lama tapi disebabkan masalah tanah dan sebagainya, akhirnya pembinaan masjid ini dapat direalisasikan.


“Untuk membina masjid ini kita mendapat dana daripada Kerajaan Sarawak sebanyak RM8 juta dan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM5 juta manakala selebihnya daripada derma dan wakaf daripada orang ramai,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perpindahan Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma di sini, malam tadi.


Menurut Fadillah, pembinaan masjid berkenaan pernah tergendala sementara pembinaannya disebabkan penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Katanya, masjid baharu itu antara yang tercantik boleh didapati di Kuching dan sudah siap sepenuhnya itu pertama kali digunakan jemaah semalam. – TVS


Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama