Notis: Sila lengkapkan Borang PENYERTAAN IBADAH QURBAN 2024 - yang akan diadakan pada 18 Jun 2024.

Kembara Ramadan

23 Mac 2024 | Sabtu | Taman sukma

Program Jelajah Edisi Ramadan MyFundAction di Kuching

Kuching, Sarawak - Dalam semangat kebaikan dan keberkatan bulan Ramadan, program Jelajah Ramadan edisi Sarawak yang dianjurkan oleh MyFundAction telah berjaya dilaksanakan di Taman Sukma, Kuching. 

MyFundAction dengan kerjasama APM Kuching, IPG Batu Lintang, UNIMAS, Masjid Ikhwanul Islam, Sekolah Menengah Sains Kuching Utara serta MRSM Kuching telah menjayakan program ini bersama-sama.

Pelbagai pihak telah menerima manfaat sepanjang program ini dilangsungkan. Seramai 28 orang kanak-kanak turut dilibatkan dalam kelas mengaji Quran dan amali solat. 

Selain itu, 20 keluarga ibu tunggal, OKU, dan miskin tegar turut menerima bantuan "Kotak Rezeki Ummat" yang mengandungi keperluan asas makanan. Para penerima bantuan  juga disantuni dengan iftar istimewa bersama VIP pada hari tersebut. 

Lebih 300 pek bubur pedas turut diedarkan kepada orang ramai, dan lebih daripada 200 orang telah dijamu dengan iftar percuma di Masjid Ikhwanul Islam.

Kerjasama ini menegaskan semangat gotong-royong dan kebaikan yang masih bersemadi di kalangan masyarakat Malaysia, khususnya di Sarawak tanpa mengira agama & bangsa, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

Mohon sokongan dari semua untuk sama-sama sebarkan lagi usaha ini. Moga jadi asbab pahala buat kita semua.

In syaa Allah !

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama