Press Release - 10 Mac 2023

PRESS RELEASE
MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU
MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA
10 MARCH 2023

04 Mac 2023 - Majlis PERPINDAHAN
10 Mac 2023 - Majlis PERASMIAN BANGUNAN BAHARU MIITS
---------------*******
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

SEJARAH (LOT 4324)

SURAU Taman Sukma bermula pada tahun 1991 yang mana pada ketika itu bangunan Pejabat Tapak Pembinaan SPPS diubahsuai menjadikan surau sementara - yang hanya mampu  menampung sekitar 30 jemaah. 

Atas usaha keras ahli Jawatankuasa pada masa itu akhirnya pada 1996 telah diletak BATU ASAS bagi pembinaan bangunan Surau baharu yang mana disempurnkan oleh Premier Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Openg, (pada ketika itu sebagai Menteri Perindustrian). Antara yang hadir ialah TPM Tun Abdul Ghafar Baba, Menteri Muda di Pejabat ketua Menteri, Awang Tengah Ali Hassan dan Datin Paduka Hajah Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi.


Lot 4324

Bangunan ini siap pembinaannya pada akhir tahun 1999 dan mampu menampung 300 jemaah dan dengan rasminya diberi nama SURAU Ikhwanul Islam Taman Sukma.

Pada November 2004 - SURAU MIITS telah dinaik taraf kepada sebuah MASJID tetapi hanya dibenarkan mendirikan Solat Jumaat setahun setengah kemudian.

Disebabkan oleh kepadatan penduduk dan keberkesanan program-program yang dibawa oleh komiti-komiti berikutnya maka surau ini semakin popular terutama sekali di hari-hari tertentu — maka pada tahun 2006 YAB DS Fadillah Bin Yusof telah mencadangkan penubuhan JK PEMBANGUNAN bertujuan membesarkan ruang Masjid dan hasilnya:
  • Mengambil alih lot parking dibelakang Masjid menjadikan sebagai ruang solat tambahan.
  • Menambah ruang Solat yang berhawa dingin di sebelah kanan 

REKOD CEMERLANG
Sebagai Rekod kita telah menerima anugerah atas pentadbiran yang cekap, program imarah yang mantap lagi popular serta pentadbiran perakaunan yang cemerlang,:-
a. 2004 - Dianugerah sebagai SURAU Contoh Maal Hijrah
b. 2007 - Dianugerahkan sebagai MASJID Contoh Maal Hijrah
c. November 2022 - Sebagai Masjid Cemerlang dengan 4 Bintang
d. Kursus Haji bersama Tabung Haji


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Selain ceramah dan aktiviti tentang ibadah khusus kami juga telah juga menambah perkhidmatan untuk kariah seperti berikut:

1. Perkhidmatan Fardhu Kifayah/Rumah Jenazah
2. Perkhidmatan Van Jenazah
3. Perkhidmatan Melupus Al-Quran
4. Perkhidmatan Jurunikah dan terakhir ..
5. Perkhidmatan Keselamatan, selain ..
6. Perkhidmatan Mengajar Al-Quran

7. Rumah Jenazah yang baharu mengantikan bangunan yang lama sedang dalam pembinaan, InsyaAllah 


PERMULANYA BANGUNAN BARU (LOT 1070)
Pada Tahun 2016 sekali lagi YAB Dato Seri meminta kami menubuhkan JK PEMBINAAN bertujuan membina Bangunan bahari demi menampung pertambahan jemaah. Kami telah menghadapi banyak tarik-tali tentang tapak bangunan. Kami sentiasa ‘dikejar’ oleh DEWAN dan akhirnya kami mengalah dan di tempat inilah kita bermastautin. InsyaAllah segala yang terjadi itu adalah kehendak Allah jua.

Pada tahun 2018 - Lakaran Masjid telah diluluskan dan Serah Tapak bermula pada November 2019.

Pembinaan dijangka siapa dalam 18 bulan iaitu pada Oktober 2021 tetapi disebabkan oleh karenah Covid19 maka projek ini tergendala selama 2 tahun.


FAKTA RINGKAS TENTANG MASJID BAHARU
1. Masjid ini boleh menampung 3,000 jemaah jika digunakan hingga ke ruang legar (perasan tak Surau SPPS (30 orang), Surau Lama (300 org) dan sekarang (3,000 orang)

2. Berkonsepkan Cahaya (Banyak mengunakan kaca)
3. Menara berukuran -99 kaki (Asma-ul husna)
4. Warna kubah menyerupai Kubah Masjid Nabawi
5. Hiasan dalaman yang kontemporari
6. Fasiliti yang modern lagi terkini


KOMPLIMENTARi
Dengan terciptannya bangunan yang indah ini, kita tidak dapat lari dari menyebut dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada
  1. YAB Premier Sarawak - Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg atas sumbangan dana sebanyak RM8.0 juta
  2. Yang Amat Berhormat, TPM Dato Sri Fadillah Bin Yusof, atas kerja keras menolong mendapatkan dana daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM5 juta serta membantu dalam usahakan mencetak Al-Quran Al-Mujawwad.
  3. Dan sumbangan Waqaf Ahli Korporat serta rakyat biasa sebanyak RM4.5 juta
  4. Tidak dilupakan juga kesemua AHLI JK Pembinaan yang bertungkus lumus sejak 4 tahun lalu terutama Pengerusi dan SO (Haji Zamahari Ahmad) yang sentiasa berada ditapak sehingga siapnya bangunan ini.
  5. Juga kepada jemaah-jemaah yang memberi sokongan dan maklum balas yang positif ke arah kebaikan Masjid kita.

INFO TAMBAHAN:
( sila rujuk kepada LINK yang disediakan)

Senarai Pengerusi dari 1991 hingga sekarang boleh di lihat dilink ini: Senarai Pengerusi
Perkhidmatan yang disediakan (Link)
Jawatankuasa Pengurus Masjid dan Pembinaan Masjid ((Link)
Jawatankuasa Pembangunan Masjid 2008 (Link)
Jawatankuasa Pembinaan Masjid 2017 (Link)

Pada 4 Mac 2023 jemaah telah berpindah solat ke premis baharu di Lot 1070 bersama kehadiran YAB TPM Dato Sri Fadillah Bin Yusof, Yang dipertua Majlis Islam, Datuk Misnu Taha. Dan pada 10 Mac 2023 diadakan pula MAJLIS PERASMIAN oleh YAB TPM

Konsep Masjid Baharu (Link)
Jawatankuasa TENDER (Link)
Sejarah Pembinaan Lot 1070 (Link)
Perubahan Letak Menara (Link)
Info Edisi Khas Al-Quran (Link)

Sekian, Terima kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Disediakan oleh: Haji Omarali Matjais

Catat Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina

Terbaru Lebih lama