Notis: Sila lengkapkan Borang PENYERTAAN IBADAH QURBAN 2024 - yang akan diadakan pada 18 Jun 2024.

Bermulanya Surau Taman Sukma

September 4, 1996: Perletakan Batu Asas Surau Taman Sukma oleh Premier Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Openg, pada ketika itu sebagai Menteri Perindustrian. Antara yang hadie pada masa itu ialah TPM Tun Abdul Ghafar Baba, Menteri Muda di Pejabat ketua Menteri, Awang Tengah Ali hassan dan Datin Paduka Hajah Sharifah Mordiah Tuanku fauzi.


Sebelum ini penduduk Taman Sukma mengunakan Pejabat Tapak Pembinaan SPPS/HDC yang diubahsuai oleh penduduk tempatan sebagai surau sementara.  Mengikut saudara Talhah Ulis, seingat beliau ahli Jawatankuasa seperti berikut:-

  • Pengerusi - Sdra Wan Mullok Wan Hossen
  • Timbalan Pengerusi- Sdra Talhah Ulis
  • Setiausaha - Sdra Zaidel Hj Lee
  • Bendahari - Haji Fakruddin Abdullah
  • Lain-lain ahli: Sarkawi Pani, Haji Sirat Ali, Ayub Shahbuddin, Haji Andrew Affendi, Ustaz Zawawi, Hjh Normah Materang, Hjh Lela

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama