Peranan Imam - v1

Imam ialah seseorang yang bertanggungjawab dalam kepimpinan. Ia ibadat salih hinggalah kepada seluruh kehidupan duniawi dan kemasyarakatan. Imam dalam tradisi islam seperti rasulullah SAW sebagai pemerintahan Islam adalah imam dalam solat. . imam juga gelaran kepada yang terkemuka dalam bidang – bidang ilmu Islam. Seperti Imam mazhab, ahli – ahli hokum, ahli – ahli hadis dan sebagainya. 

Peranan imam di Malaysia ialah imam tidak mempunyai apa – apa kuasa perundangan di Malaysia kerana dia bukanlah ketua masyarakat di peringkatnya. Imam bertugas mengimamkan solat, membaca doa, menghadiri jemputan, mengawasi pengurusan jenazah, khidmat pernikahan, dan mungkin mengepalai bacaan yassin, tahlil malam Jumaat dan fardhu ain. 

Walaupun tanpa kuasa undang–undang sekiranya masjid diperkasakan dan imam diberi peranan serta ganjaran setimpal, perkara–perkara berikut sepatutnya boleh dijalankan oleh imam dengan staf yang mencukupi contohnya Pendidikan kekeluargaan, pembangunan belia. pengurusan kebajikan, kecemerlangan sekolah anak-anak, masalah – masalah keruntuhan akhlak, pembangunan rakyat termiskin, kaunseling, musyawarahbantuan kecemasan dll. 

Peranan imam dan AJK masjid ialah mendidik, mengerakkan anak–anak seperti menyatukan tenaga, merangsang seperti memberi motivasi, melahirkan aktivis/insan baru, Membangunkan kesatuan dan menyatukan umat. Ilmu imam dan masjid ialah kewajipan umat Islam yang semestinya dihubungkan dengan peranan imam dan masjid. Masjid sebagai pusat perkembangan ilmu dan Islam bukan sesuatu hal yang asing lagi

Catat Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina

Terbaru Lebih lama