Program Ibadah Qurban 2023/1444H

2 Ogos 2023 | MIITS  

JK Khas Ibadah Qurban telah dibentuk bertujuan merancang, mengurus dan melaksanakan Program Ibadah Qurban bagi Mukim Masjid Taman Sukma. Program akan dilakukan pada hari pertama Aidil Adha yang dijangka jatuh pada 29 June 2023/1444H

Pihak JK telah menetapkan seperti berikut:
  1. Cara kutipan dana ialah melalui bayaran One-off dan cara Skim Ansuran yang fleksibal
  2. Jumlah bayaran SATU Bahagian (RM1,000) dan Kos Pengurusan (RM100)- menjadikan jumlah sebanyak RM1,100.
  3. Hanya sebanyak 3 kilogram daging untuk peserta dan selainnya untuk Fakir Misking dan jiran.

Pengerusi JK Khas Ibadah Qurban melawat tempat
Memelihara Sapi pada 9 September 2022.



1. Borang Penyertaan


Sesiapa yang berminat sila lengkapkan Borang Penyertaan secara 


a. Online pada link berikut http://bit.ly/QurbanSukma1444H
b. Scan pada QRCode di Papan Kenyataan Masjid
c. Borang Kertas boleh didapati daripada:-
    • Haji Abdul Aziz bin Dato’ Sri Haji Abdul Kadir - 0168043838
    • Ustaz Muhammad Umair Bin Abdul Wahab -0173441558
    • Haji Omarali Bin Matjais - 0198578797 (Bendahari)

2. Cara Pembayaran

Peserta dikehendaki membuat pembayaran secara ONLINE ke akaun CIMB Islamik # 760-629695-4 (tumpang atas nama Omarali Bin Matjais). Pembayaran boleh dilakukan pada bila-bila masa mulai Oktober 2022 hingga Mei 2023 dengan mematuhi prosedur berikut:
  • Diwajibkan setiap Notifikasi transaksi dikongsi ke hp 019-8578797 sebagai rekod untuk kedua belah pihak. Pihak tuan/puan akan menerima Resit dalam masa 10 hari dari tarikh tiap-tiap pembayaran.
  • Pastikan setiap transaksi perpindahan Wang, ditulis (nama Peserta) pada ruang ‘Recipient’s Reference’ atau ‘Rujukan Penerima’ atau pada mana-mana ruang yang disediakan oleh Sistem Online/Perbankan. Rujukan ini akan memudahkan pihak kami menjejaki bayaran tuan/puan sebelum mengeluarkan Resit bayaran.


3. Ketetapan Bahagian


AJK juga telah menetapkan bahawa setiap satu bahagian/Peserta akan menerima sejumlah 3 (tiga) kilo berupa DAGING SAHAJA.



Sekian terima Kasih

Catat Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina

Terbaru Lebih lama