Perkhidmatan Pelupusan Al-Quran

MIITS juga menyediakan  Khidmat Pemurnian/ Pelupusan Al Quran lama dan buku Agama. Pegawai yang bertanggungjawab ialah 

Haji Ismail Bin Bujang Pit (0138081148), 

Haji Hood Bin Mahli (0143381955)

Encik Yunos Erol.

Abu Pelupusan al-Quran akan dilepaskan di Laut dengan kerjasama dengan pasukan Marin Laut dan JAIS. Mengikut panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak, bahan bahan yang mengandungi tulisan seperti diatas, apabila ianya telah lusuh, rosak, koyak dan tidak lagi boleh dibaca atai tidak digunakan lagi, ianya hendaklah dimurnikan (dilupuskan) secara betul iaitu dikumpul, dibakar dan dihanyutkan ke laut.

Tahukah kalian, ada 3 cara untuk melupuskan Al-Quran. 

1. Yang pertama dengan cara merendam dalam air sehingga semua tulisannya hilang. Agak payah juga dan lama. 
2. Yang kedua dengan cara menanam Al-Quran, pastikan tempat yang kita tanam tidak dipijak oleh sesiapa. Agak payah juga, nak cari gunung mana? 
3. Yang ketiga dengan membakar Al-Quran dan hanyutkan di sungai atau lautan. Cara membakar tidaklah terlalu mudah, pastikan semua sekali memang terbakar. Pastikan asap yang terkeluar hanya asap sahaja, bukan abunya terbang-terbang seperti habuk. 

 Jangan ambil mudah ya. Memelihara kesucian Al-Quran sangat penting buat kita umat Islam.




-------------------------------------------------- 
AL-BAQARAH

"Dan apa saja yang kamu infakkan atau nazarkan sesuatu, maka sesungguhnya Allah mengetahui. Dan bagi orang-orang yang zalim, tiada penolong baginya" ayat 270

"Apa pun harta yang kamu infakkan, maka (kebaikannya) untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu berinfak melainkan mencari keredhaan Allah. Dan apa pun harta yang kamu infakkan, nescaya kamu akan diberi (pahala) secara penuh dan kamu tidak akan dizalimi." ayat 272

"Orang-orang yang menginfakkan hartanya malam dan siang hari (secara) sembunyi mahupun terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhan mereka. Dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." ayat 274

Catat Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina

Terbaru Lebih lama