Galeri Kursus Asas Pengurusan Jenazah

Kursus Pengurusan Jenazah 2013 telah diadakan pada 30 Mac dan 31 Mac 2013 di Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma (MIITS) anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dengan kerjasama pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid, MIITS.

Sambutan daripada peserta-peserta amatlah menggalakkan. Seramai 209 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut termasuk yang datang dari jauh. Sementara itu LAKMNS juga menghadiah sebuah Sinki Jenazah untuk kegunaan penduduk di sekitar Masjid ini.

Kursus selama 2 hari ini telah berjalan dengan lancar dan Berjaya. Pihak LAKMNS telah melantik 2 orang fasilitator iaitu Al-Fadhil Ustaz Haji Mustapha Kamal bin Ahmad Fauzi, Penolong Imam Besar Negeri Sarawak dan Ustazah Datin Naimah bagi memberi penerangan dan tunjuk ajar cara-cara pengurusan jenazah bermula dari memandikan mayat sehingga mengebumikan mayat.

Program bermula pada hari Sabtu jam 8.30 pagi, diisi dengan segmen teori dan praktikal dan berakhir pada jam 4.00 petang dan kemudiannya pada hari kedua merupakan praktikal pengurusan jenazah bermula dari penyediaan set kain kafan sehingga ke pengebumian jenazah. Kursus ini diakhiri dengan Majlis Penutupan Rasmi yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri yang juga Penaung MIITS, YB Datuk Haji Fadillah Yusof pada jam 1.30 petang dengan Majlis Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada peserta-peserta kursus.

k
Praktikal Mengkafan Jenazah

Sebahagian daripada peserta wanita
Praktikal mengkafankan Wanita

Praktikal Solat Jenazah


1 Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina


  1. If you are going for best contents like myself, only pay a visit this site daily because it presents quality contents, thanks facebook login facebook login

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama