Dengan bahasa yang mudah dan diadun secara ringkas saya ingin berkongsi sedikit pandangan peribadi saya tentang peranan MASJID terutama sekali dalam masyarakat yang komplikated serta canggih. Masjid bukan sekadar tempat melakukan ibadah khusus tetapi lebih jauh daripada itu.
Saya ingin klasifikasikan OBJEKTIF masjid kepada 2 kategori - (1) Untuk Ibadah Khusus (2) Membangun Masyarakat. Oleh itu Masjid BERPERANAN sebagai pengkalan informasi dan pusat aktiviti ke arah melaksanakan objektif di atas dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid (JPM) berperanan sebagai pemacunya
Semua aktiviti atau kegiatan masjid selari dengan budaya dan kehendak setempat serta BERPAKSIKAN kepada akidah yang benar.
Memahami perkara di atas, struktur JPM seharusnya diolah selari dengan objektif demi mencapai matlamat:-
Objektif 1 - Ibadah Khusus (Mencemerlangkan Ibadah Masyarakat)
- Solat,
- Puasa
- Haji
- Taharah
- Zakat
- Perwarisan
- Fardhu A'in dan Kifayah
Objektif 2 - Membangun Masyarakat (Cemerlang)
- Ekonomi
- Khidmat Pernikahan
- Urusan kebajikan
- Urusan Akhlak
- Teknologi
- Masalah Sosial
- Keselamatan
Apa pula peranan Jawatankuasa Pengurusan Masjid yang dilantik oleh JAIS?
JPM tidak boleh lari dari 2 objektif ini dan semua kegiatan dan penstrukturan pentadbiran mesti di'aligned'kan agar tidak ada konflik timbul diantara pentadbiran maupun konflik akidah dan konflik dalam masyarakat.
Penstrukturan yang saya maksudkan termasuklah penubuhan jawatan kuasa dan biro-biro yang dilantik oleh JPM serta linkages atau berko'opted dengan agensi-agensi yang berkenaan. sebagai contoh, dalam mengurus jemaah yang mempunyai masalah jiwa memerlukan JPM mencari agensi yang boleh membantu dalam konsultasi atau konseling. Begitu juga sabjek yang menyentuh soal akhlak.
Disebabkan tugas ini terlalu mencabar maka pemilihan ahli JPM tidak boleh diambil enteng. Lantikan JPM adalah satu amanah yang berat. oleh itu memerlukan banyak kesabaran.
Apa pula peranan JAIS?
Tidak dapat dinafikan, JAIS banyak memainkan peranan dalam perkara di atas dan mereka amat sedar mengenai objektif di atas, malah lebih kehadapan dalam memikirkan peranan masjid dalam masyarakat yang serba kontemporari. Lumrahnya memang ada beberapa kelemahan terutama sekali dari segi komunikasi dalam menyampaikan polisi serta apa jua kemudahan yang ada. Tidak cukup kakitangan bukanlah alasan untuk tidak efisien tetapi lebih kepada komitment dan sikap mencari penyelesaian.
Komentar: Haji Omarali