Notis: Sila lengkapkan Borang PENYERTAAN IBADAH QURBAN 2024 - yang akan diadakan pada 18 Jun 2024.

10 Kriteria Seorang Imam



 Imam masjid mempunyai kedudukan, peranan dan fungsi yang sangat penting, bukan sahaja memakmurkan masjid, tetapi juga dalam membina, mengembang dan memajukan masyaraka Islam yang merupakan jemaah masjid. 

Oleh itu imam masjid perlulah mempunyai kepimpinan, pengetahuan dan wawasan yang luas serta mampu menyelesaikan masalah kemasyarakatan dengan sebaik mungkin SELAIN mempunyai lantunan suara merdu dan makhraj yang cemerlang.

Karakteristik dan ciri-ciri yang ada pada seorang IMAM adalah sangat penting untuk dipertimbangkan dalam proses pemilihan kerana dia juga adalah seorang pemimpin.  Oleh itu dalam menentukan karakteristik IMAM 10 perkara yang perlu dititik beratkan iaitu 

  1. Diutamakankan menghafaz 30 juz 
  2. Mahir dalam bacaan (Tazwid)
  3. Faqih dalam solat
  4. Suara yang elok/merdu
  5. Kemampuan kognitif, 
  6. Personaliti yang pandai menyantuni JPM, Jemaah dan masyarakat 
  7. Berakhlak baik dan tidak merokok
  8. bersifat keagamaan 
  9. bermotivasi untuk berkerjasama/berpasukan
  10. Seimbang dengan ilmu duniawi.

Imam yang berkaliber memainkan peranan penting dalam menarik minat dan mendekatkan masyarakat kepada masjid terutamanya dalam kalangan masyarakat Islam kini yang sering didedahkan dengan model-model dan selebriti-selebriti ternama . Dalam masa yang sama imam adalah model personaliti kepada seluruh masyarakat Islam yang memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan mereka.

Tidak dapat dinafikan bahawa imam yang mempunyai lantunan suara merdu lebih disukai dan diminati oleh jemaah. Oleh itu mana-mana masjid di bandaraya dimana dikepalai imam yang bersuara merdu akan mendapat kunjungan yang lebih ramai dan konsisten.


Komentar Haji Omarali

KLIA-2
26 November 2022


Nota:
#Komentar ini adalah pendapat penulis saya sendiri dan tidak kena mengena dengan pendapat JPM MIITS 

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama