24 Oktober 2024 | Khamis | Komentar
Jawatan KK bukanlah tugas tetap dan boleh disingkirkan atau ditukar pada bila-bila masa mengiktu budibicara kerajaan. Namun begitu ada segolongan KK yang tidak bekerja secara efektif malah tidak kurangnya dibenci oleh penduduk sendiri. Ada asasnya mengapa penduduk tidak suka- antaranya KK tidak menjalankan tugas seperti yang dipertanggungjawabkan malah lebih mengangkat diri sebagai VIP. Wajib diingat tugas KK bukan menjadikan dia sebagai seorang VIP tetapi lebih kepada petugas yang merancang, mengatur, menyelaras dan melibatkan diri dalam apa jua tugasan atau aktiviti masyarakat dalam kawasan jagaan mereka.
Berikut adalah tanggungjawab asas Ketua Kaum (KK) :-
1. MEMBANTU PENGHULU MENTADBIR kawasan dalam bidangkuasa berkenaan
Tugas mentadbir termasuklah merancang, mengatur, memimpin, menyelaras serta meyemak kembali apa yang telah dilakukan. Bukan menjadi 'VIP' pada setiap majlis.
2. MEMBANTU KERJAAN memelihara KEBAJIKAN penduduk di bawah jagaanya
Pastikan ada rekod penuh penduduk yang memerlukan bantuan dan merancang strategi masa panjang untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik termasuklah anak-anak sekolah mereka. Begitu juga dalam soal keselamatan- bukan hanya setakat ronda malam tanpa mengetahui apa jenis ancaman sebenarnya kepada penduduk. Ada KK yang hanya fokus kepada pencuri tetapi tidak kisah tentang kebersihan, semak samun kawasan, pot-pot dadah, longkang yang kotor serta jalan raya yang merbahaya.
3. MENGALAKAN PENDUDUK menyertai setiap kegiatan anjuran kerajaan
KK wajib merangkan startegi atau cara untuk mengalakan penduduk bekerjasama dengan mereka. Apabila tiada rancangan yang teratur, hasilnya terbantutkan usaha mereka untuk melakukan aktiviti untuk penduduk. Sebagai contoh, program ibadah Qurban sebaiknya dilakukan melalui platform 'pemimpin Masyarakat'
4. MEMBANTU PEGAWAI KERAJAAN dalam MELAKSANAKAN tugas rasmi mereka.
Tugas ini termasuk membantu dalam melaksanakan seperti aktiviti, kempen dan sebagainya supaya mempunyai impak positif kepada masyarakat.
5. MENYELESAIKAN PERTIKIAN KELUARGA yang melibatkan undang-undang adat
Dalam hal ini, KK yang di pendalaman lebih effisen dalam hal menyelesaikan atau memberi nasihat kepada pertikaian terutama sekali tentang pengurusan harta pusaka. Tetapi jangan hairan ramai juga KK tidak ada ilmu tentang ilmu Faraid. Sebagai pemimpin- ilmu faraid sudah 'jatuh' menjadi faudhu ain atas sebab KKlah tempat merujuk
6. MENGERATKAN PERHUBUNGAN diantara rakyat dengan kerajaan.
Dalam hal ini semua polisi kerajaan mesti diambil peduli dan disampaikan kepada penduduk. Bererti KK mesti mempunyai cara berkomunikasi yang efektif. Tidak sesuai jika seorang pemimpin terlalu lembab dan tidak berkeupayaan menyampaikan informasi.
7. Membantu MENGUMPUL MAKLUMAT KELAHIRAN dan kematian dikawasan masing-masing untuk dihantar ke Pejabat Daerah pada setiap hujung bulan.
Ini yang paling sadis. Memang ada dikebanyakan tempat KK yang tidak kisah langsung mahu mengumpul data/maklumat tentang kelahiran dan kematian penduduk di bawah jagaan sendiri.
8.MELAKSANAKAN SEBARANG TUGAS yang diarah oleh kerajaan dari masa ke semasa.
Selalunya arahan-arahan daripada wakil rakyat yang tidak terkandung di atas. Pada #4 di atas adalah tentang tugas membantu Pegawai Kerajaan.
Pendapat Peribadi Admin
KK Taman Sukma
Tuan Haji Mohamad Bin Haji Tuah (560101-13-5859)
Hp: 019 8833771
Akademik: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (UM) dan Diploma Bahasa Malaysia (UM)
Tags
Komentar