Ringkasan Eksekutif

September 4, 1996: Perletakan Batu Asas Surau Taman Sukma oleh Premier Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Openg, pada ketika itu sebagai Menteri Perindustrian. Antara yang hadir ialah TPM Tun Abdul Ghafar Baba, Menteri Muda di Pejabat ketua Menteri, Awang Tengah Ali hassan dan Datin Paduka Hajah Sharifah Mordiah Tuanku fauzi.

Mengimbas kembali - mulai 1991  jemaah mengunakan Pejabat Tapak Pembinaan HDC yang diubahsuai oleh penduduk tempatan sebagai surau sementara. AJK adalah seperti berikut:-

Pengerusi - Sdra Wan Mullok Wan Hossen
Timbalan Pengerusi- Sdra Talhah Ulis
Setiausaha - Sdra Zaidel Hj Lee
Bendahari - Haji Fakruddin Abdullah
Lain-lain ahli: Sarkawi Pani, Haji Sirat Ali, Ayub Shahbuddin, Haji Andrew Affendi, Ustaz Zawawi, Hjh Normah Materang, Hjh Lela.

Pada Tahun 2000 - Kariah Taman Sukma mendapat premis baharu yang diberi nama SURAU Ikhwanul Islam Taman Sukma (SIITS). Disebabkan oleh kebanjiran jemaah, premis ini melalui banyak ubah suai.

Pada kebiasaannya Surau ini popular dengan panggilan 'Surau Taman Sukma' tetapi setelah dinaiktaraf kepada sebuah Masjid ianya lebih popular dengan panggilan 'Masjid Sukma

Pada 12hb Mei 2006, Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma telah menerima dengan rasminya, watikah kelulusan mengadakan solat Jumaat daripada YB Ir Datuk Haji Daud Bin Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri - Hal Ehwal Islam dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian.

Catat Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina

Terbaru Lebih lama