Semasa saya di sekolah menengah di salah sebuah bandar besar di Sarawak, saya sendiri pernah dihalau oleh pegawai Masjid kerana memakai seluar jean memasuki masjid. Saya tergamam kerana sekecil-kecil kampung saya- tidak pernah saya ditegur oleh pegawai masjid kerana memakai seluar jean.
Ambil contoh gambar di bawah dimana salah sebuah masjid di Turki mengalakan anak-anak datang ke masjid walaupun bukan tujuan mendirikan solat. Objektif utama ialah membiasakan generasi muda dengan masjid dan budaya Islam dalam Masjid.. Selaian ibadah khusus, peranan Masjid ialah membangun masyarakat yang cemerlang.
Ingatlah komuniti yang masjidnya tidak kedengaran suara budak akan mempunyai masa depan genarsi yang malap dan sia-sia.
Kami rasa bersyukur kerana premis MIITS yang baharu mempunyai bilik khas untuk kanak-kanak.
Komentar: Haji Omarali
Nota:
#Komentar ini adalah pendapat saya sendiri dan tidak kena mengena dengan pendapat JPM MIITS
Tags
Komentar