Mohamad Affendi Abdullah Lim, seorang saudara baru kita meninggal pada 9 November dan dikebumikan di Perkuburan Islam Samariang. Atas kehendak keluarga (Cina) arwah Masjid Taman Sukma (MIITS) telah diberi amanah untuk menunaikan Majlis Tahlil Hari ketujuh yang jatuh pada hari ini.
[16 November 2013- Tahlil Nujuh]
|
Seramai 52 Jemaah hadir |
|
Jamuan disediakan oleh AJK Masjid |
|
Majlis Tahlil selepas solat Asar |
[9 November 2013]
Yang selalu harus diingat oleh kita adalah bahawa kita sedang membawa diri bersama kematian, bahawa kita sedang berjalan menuju kematian dan bahawa kita sedang menunggu kematian itu entah datang pada pagi, petang atau malam. Saidina Ali bin Abi Talib telah mengungkapkan mengenai kematian dan berkata: “Sesungguhnya kematian terus mendekati kita dan dunia terus meninggalkan kita. Maka jadilah kamu anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia. Sesungguhnya hari ini adalah beramal dan tidak ada hisab dan esok adalah hisab dan tidak ada lagi beramal.”
Ungkapan Saidina Ali ini mengingatkan kita bahawa manusia itu harus selalu siap sedia, selalu memperbaiki keadaan diri, memperbaharui taubatnya dan harus mengetahui bahawa dia sedang berhubungan dengan Allah SWT. Kematian itu tidak pernah meminta izin kepada siapa sahaja, dan tidak pernah merajuk. Kematian itu tidak pernah memberikan amaran terlebih dahulu.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok hari. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. (Luqman: 34)
|
Pengkebumian dan Talkin pada 9 November 2013 |
|
Kak kepada Arwah di Perkuburan Samariang |
Rujuk :
Majlis Islam