Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Asnaf

23 Mac 2025 | Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma Kuching

Majlis berbuka puasa yang penuh keberkatan ini telah berjaya dilaksanakan dengan meriah dan penuh kemesraan. Seramai 500 orang termasuk tetamu jemputan hadir bagi memeriahkan majlis.  

Anak-anak yatim dan asnaf tidak dilupakan! Sebanyak 120 anak yatim  dan 100 asnaf telah menerima Duit Raya sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang masyarakat.  

Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama tajaan daripada:  
- Kelab Golf K30 
- Kelab Rekreasi Bekas BBMB  
- Kelab Rakan ZaBeeDee  

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat! Majlis ini bukan sahaja menghangatkan bulan Ramadan, malah menzahirkan semangat berkongsi dan peduli dalam kalangan masyarakat. 🌙✨  

#RamadanPenuhBerkat #BersamaAnakYatimDanAsnaf #TamanSukmaBersatu

Catat Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina

Terbaru Lebih lama