Berdasar konsep yang dipegang oleh ketua Program, Haji Omarali: "Tiada Peserta tiada haiwan Qurban, Tiada Sukarelawan- tiada yang menyempurnakan, tiada fakir miskin, ibadah qurban tidak sah"
- Sebelum menempah haiwan qurban, kenalpasti tempat/tapak tempat kandang dan tempat menyembelih. Faktor ini penting sebelum membuat keputusan tentang jumlah sapi, skala program, keselamatan haiwan, Kandang vs tambatan Haiwan, kesesuain tempat melapah dsb.
02 - Menempah Haiwan Qurban
- a. Bertujuan mengetahui harga seekor haiwan kearah menetapkan harga kepada peserta.
- b. Berjumpa pembekal bertujuan menempah Haiwan Qurban (HQ) dan diikuti dengan syarat bertulis termasuk merekod nombor HQ sebagai identifikasi pengecaman, harga haiwan, jadual bayaran, jadual penghantaran dan mitigasi risiko oleh kedua belah pihak.
03. Keputusan Harga Tawaran
- a. Setelah mengetahui harga seekor HQ- bawa cadangan ke JPM Masjid untuk membuat keputusan/ ketetapan tentang nilai satu bahagian dan jumlah kuantiti daging yang akan diaqadkan dengan peserta. (AQAD untuk bahagian peserta adalah amalan JK Masjid Taman Sukma sahaja)
- b. Termasuk menetapkan hari Program, serta
- c. Jumlah haiwan yang akan dikorbankan
04. Aktifkan Jawatankuasa
- a. Tubuhkan komiti kecil yang berimpak tingga sekitar 4 ke 5 orang untuk mengaktifkan program serta membuat sebarang perancangan serta keputusan untuk keberkesanan Program.
- b. Buat pelan alirabn kerja atau work flow dari kandang hingga ke kaunter agihan.
- c. Semak integriti perkakas- baikpulih atau ganti yang rosak.
- d. Cipta dan bincang Timeline sebagi panduan supaya kerja (Operasi Program) lebih tersusun dan akhirnya tidak kelam kabut disebabkan oleh tiada perancangan awal. Dalam Timeline pastikan tarikh tempah haiwan, Mulai kempen kepada jemaah, tarikh tutup bayaran,
- e. Komiti mesti membuat ketetapan awal seperti- Sasaran agihan kpd fakir/Asnaf , orang awam termasuk jiran-jiran walaupun berada dan sukarelawan.
- f. Arahan kepada setiap Ketua Seksyen merekrut ahli masing-masing. ( 5 Seksyen iaitu Kandang & Pasung, Menyembelih dan Memotong, Melapah, menimbang dan Distribusi). dan mencari sukarelawan yang boleh berkerja. Jangan ambil orang yg tidak pandai bekerja secara pasukan.
- g. Kenal pasti juga sukarelawan yang mengurus organ (1) perut (2) Kulit & Kepala
- h. Melawat dan memantau haiwan secara berterusan untuk memastikan haiwan yang ditempah tidak ditukar atau dalam keadaan sihat
- i. Sukarelawan agihan Kupon kepada penduduk
05. Bajet
- a. Buat dan bincang bajet dengan Komiti. Bincang keperluan mengikut kategori Penting dan Perlu dan kurang penting, serta Tidak diperlukan.
06. Mencari Peserta Berkorban
- a. Mulai mencari peserta melalui iklan dengan sasaran utama peserta yang membuat bayaran secra ansuran. Perjelaskan jumlah bayaran setiap ansuran.
- b. Teruskan berkempen terutama bulan puasa dan musim Hari Raya Aidil Fitri.
07. Hubungi ahli Ko-Opted
- Bomba - Memohon bantuan menyuci tapak setelah selesai program
- Lembaga Air Kuching - Memohon mengunakan Pili Bomba dan salinan ke Bomba
- DBKU - Memberitahu program jika melibatkan jalan tersekat dan tempat Penyembelih serta pengecualian daripada 'Tempat menyembelihan Khas'
- Majlis Islam - Info tentang penyemebelihan
- Vetenari - Memohon memeriksa kesihatan Lembu 2 hari sebelum dikorbankan
- Jemputan - Jika melibatkan orang kenamaan
- Semak Integriti Aset dan perkakas yang lama.
- Buat keputusan samada nak baikpulih atau ganti.
09. Dua Hari sebelum Program
- Sediakan Kandang
- HQ selamat diterima
- Hubungi Veterarina bertujuan memastikan HQ layak atau tidak untuk dikonsumpsi
- Kenalpasti Krew yang menjaga Malam dan memberi Makan
- Kemaskinikan Tapak Program dengan segala kelengkapan.
10. Satu Hari Sebelum Program
- Tapak - All System Go!
- Semak Kebersihan Tapak sebelum Program
- Semak kecukupan Pembungkus dan Minuman
11. Realtime
- Doa Selamat sebelum bermula
- Safety Briefing
- Pastikan Makanan dan Minuman - Freeflow
12. Pasca Program
- Kebersihan Tapak- dengan bantuan Bomba dan JK Kebersihan.
- Pengurusan Aset - Rekod-senaraikan aset-aset kepunyaan JK Ibadah Quraban dan serahkan lapuran kepada JKP.
- Pengurusan Perkakas- semak semula dan buat penjumlahan serta kebersihan perkakas. Jangan biarkan kotor dan disimpan dengan baik.Jika berpotensi berkarat-pastikan diberi minyak yang sesuai.
- Surat Terima Kasih kepada penderma, Agensi kerajaan, perseorangan dan ahli koopted
- Penutupan Akaun (maha Penting)
- Post-Mortem
Haiwan baru diterima daripada pembekal |
Pegawai Veterina Kuching |
Galri Peserta menyaksikan Operasi |
Kehadiran Datuk YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali sebagai Penaung MIITS |
Tags
Ibadah Qurban