Pernah kah anda tertipu oleh kontraktor yang anda pilih sendiri? Seringkali anda termakan oleh kata-kata manis kontraktor tetapi akhirnya kata-kata manis itu bertukar menjadi bahan ungkitan bila berlaku persengkataan.
b. Tips memilih kontraktor?
Di luar sana, banyak syarikat pembinaan kontraktor. Bagaimana nak pilih yang terbaik?
Simple rule:
Syarikat yang buat kerja betul, jobnya akan bertambah banyak. Client semakin ramai. Client akan senang hati memperakui hasil kerja kepada rakan-rakan mereka.
Syarikat yang bermasalah, client sedia ada pun nak cabut lari. Siap tambah saman menyaman lagi kot atas. Job semakin berkurang.
Banyak pengelaman buruk yang didengar daripada kawan-kawan dan hanya sedikit yang berpuas hati dengan kerja yang dilakukan. Paling sadis ada kontraktor yang cabut lari sebaik menerima wang pendahuluan. Bukan sedikit ada kontraktor yang hanya bekerja separuh jalan dengan mengemukakan beraneka jenis alasan.
Berikut antara tips-tips sebelum mengambil sesebuah kontraktor bertujuan membuat kerja untuk premis anda- baik membina rumah baharu maupun sekadar kerja ubah suai.
01. Pastikan Pelan Rumah sudah siap dan telah diluluskan oleh PBT. Selalunya kalau binaan ditanah sendiri- tidak memerlukan kelulusan PBT tetapi Pelan Rumah mesti ada sebagai asas perbincangan maupun rujukan kontraktor dan empunya projek. Jangan sembang kalau tiada Pelan.
02. Semak latar belakang kontraktor dengan merujuk kepada projek lampau. Tanya bakal kontraktor tentang 3 buah projek terakhir. selepas itu lawat dan tanya pihak yang empunya rumah (projek) tentang prestasi kontraktor tersebut. Antara isu yang perlu ditanya ialah - adakah projek siap seperti yang dijanjikan/dijadualkan, berapa orang pekerja, dari jam brapa mereka mulai bekerja, penilian kemahiran pekerja (lihat huraian di Nota Kaki *a)
03. Kalau anda sudah berpuas hati dengan prestasi masa lampau- pastikan minta salinan dokumen-dokumen syarikat seperti berikut:- Pendaftaran Syarikat, Pendaftaran dengan CIDB, Kad Pengenalan yang empunya syarikat (Dokumen-dokumen ini penting jika mahu mengambil tindakan undang-undang dikemudian hari).
04. Penting sekali! Minta BQ (Bill of Quantity) daripada kontraktor dan berbincang secara terperinci. Tuan rumah dan kontraktor boleh bergaduh besar jika tiada panduan seperti ini. Pastikan semua perkara yang dikehendaki tuan rumah termaktub didalam BQ di atas. Tidak boleh ada andaian. Jangan berpuashati dengan janji-jani mulut mana-mana pihak. Nyatakan juga tentang rundingan harga jika berlaku VO (Permintaan Perubahan). Harga VO mesti ada ditolak atau ditambah daripada harga asal.
05. Minta JADUAL KERJA dan JADUAL PEMBAYARAN sekaligus dan mesti ditandatangani oleh kedua belah pihak.
06. Buat Solat Hajat dan jemput sekal kontraktor. Ini menunjukkan bahawa perkara ini adalah perkara yang serious kerana ianya melibatkan tempat berteduh dan dari duit titik peluh.
Nota Kaki:*a. Mengapa isu jumlah pekerja, masa mulai bekerja dan kemahiran pekerja penting?? Jawapannya ialah semua faktor ini melibatkan KOS kepada kontraktor. Jika pekerja tidak mencukupi akan berlaku projek lambat disiapkan dan jika projek TIDAK mengikut jadual maka kos akan bertambah dan kontraktor akan kerugian. Akibatnya apabila kontraktor merasakan rugi maka kontraktor akan lari. Timbul masalah yang serupa jika tidak menjaga masa bekerja serta tiada pekerja yang mahir (baru belajar).
b. Tips memilih kontraktor?
Di luar sana, banyak syarikat pembinaan kontraktor. Bagaimana nak pilih yang terbaik?
Simple rule:
Syarikat yang buat kerja betul, jobnya akan bertambah banyak. Client semakin ramai. Client akan senang hati memperakui hasil kerja kepada rakan-rakan mereka.
Syarikat yang bermasalah, client sedia ada pun nak cabut lari. Siap tambah saman menyaman lagi kot atas. Job semakin berkurang.
Salam Oktober
OM
Tags
Komentar