16 Januari 2024 | Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma |
Kpd: Semua Kariah
Per: Skim Bantuan Pertanian
Sesiapa yg berminat memohon bantuan pertanian berkonsepkan Fertigasi sila lengkapkan borang yang disertakan.
Penerangan:
1. Program ini terbuka kpd sesiapa yg ingin bercucuk tanam di kawasan rumah samada utk konsumpsi sendiri maupun komersial.
2. Jabatan Pertanian akan membekalkan perkakas dan benih secara percuma termasuk ilmu/tunjuk ajar.
3. JKP Masjid Taman Sukma bertindak sebagai pemacu dan koodinator program.
4. Fertigasi - tidak memerlukan tanah tetapi bertanam dlm polybag.
5. Jika ada pertanyaan sila hubungi @Asnan bin Yahya atau saya
Borang Permohonan
a. Serahkan Borang yg telah lengkap kpd penama di atas selewat-lewatnya 31 Januari 2024.
b. Kami akan uruskan ‘Perakuan Ketua Masyarakat’ dan menyerahkan kpd Jabatan Pertanian secara PUKAL.
c. Kepilkan bersama borang dokumen berikut (1)salinan KTP pemohon dan pasangan dan waris (2) Salinan geran tanah/rumah
Mohon diwar-warkan kepada jiran maupun sahabat handai. Lebih ramai yang menceburkan diri lebih kuat bersemangat kita.
Terima Kasih
Hj OM