YAB Dato Sri Fadillah Yusof,Timbalan Perdana Menteri berkorban di Masjid Taman Sukma
Dato Sri Fadillah berkata, majlis anjuran Jawatankuasa Masjid Ikhwanul Islam itu diadakan bersempena meraikan Hari Raya Aidiladha dan telah dilakukan sejak 20 tahun yang lalu.
Menurutnya, sebanyak 12 ekor lembu dikorbankan bagi ibadah korban pada tahun ini.
“Tahun ini mereka mengorbankan lebih kurang 12 ekor lembu dan saya ucapkan terima kasih kepada jawatankuasa di mana mereka akan agihkan kepada golongan asnaf serta peserta yang terlibat dalam majlis korban ini
“Untuk Parlimen Petrajaya, keseluruhan sumbangan lembu yang kita agihkan kepada setiap kawasan DUN adalah 63 ekor dan telah kita agihkan.
“Semuanya akan dikendalikan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta surau dan masjid dalam kawasan Parlimen Petrajaya yang meliputi tiga kawasan DUN iaitu Satok, Tupong dan Semariang,” katanya.
Dato Sri Fadillah menambah, Hari Raya Aidiladha melambangkan pengorbanan dari segi perbelanjaan, tenaga, masa bagi mengagihkan daging korban kepada saudara seagama yang memerlukan. -EDISI UKAS
.