Peranan Masjid Dalam Membangun Masyarakat

Secara umumnya masyarakat hari ini melihat masjid sebagai tempat ibadah khusus dalam kehidupan muslim. Persepsi sedemikian perlu dimurnikan agar seluruh masyarakat memahami konsep sebuah masjid dan menyedari pentingnya peranan sebuah masjid dalam membangunkan ummah. Masjid bukan sekadar lambang dan syiar dalam kehidupan masyarakat Islam malahan lebih penting dari itu di mana masjid adalah nadi dan pusat kegiatan aktiviti umat Islam. Oleh itu kehebatan sesebuah masjid bukanlah bergantung kepada senibinanya semata-mata tetapi juga kepada tahap pengimarahannya. Oleh demikian umat Islam harus memantapkan lagi peranan masjid dalam usaha membangunkan ummah yang cemerlang memandangkan hubungan masyarakat Islam dan masjid tidak boleh dipisahkan kerana saling berkait dan saling memerlukan. 

Dalam konteks ini jelas bahawa masjid berperanan sebagai pangkalan pembangunan insan yang berpaksikan kepada akidah yang benar dalam membina masyarakat ke arah memiliki nilai-nilai hidup yang mulia. 

Dalam usaha untuk menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan insan terutamanya dalam membangunkan masyarakat Islam kontemporari di Malaysia, berikut dicadangkan peranan Masjid kearah objektif di atas.



Komentar: Omarali Matjais

Rujuk: Volume 5 Issue 2 2016 e-Academia Journal UiTMT (http://journale-academiauitmt.edu.my/)

Catat Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina

Terbaru Lebih lama