Notis: Sila lengkapkan Borang PENYERTAAN IBADAH QURBAN 2024 - yang akan diadakan pada 18 Jun 2024.

Tahfiz MTAQII bertukar Pengurusan

Mulai tahun 2017, Tahfiz MTAQII (Mahaad Tahfiz Al-Quran Ikhwanul Islam) telah bertukar pengurusan sekaligus bertukar nama kepada MADRASAH DARUL ULOOM ISLAMIYYAH TAMAN SUKMA yang mudirnya ialah Tuan Haji Afendi Julaihi.

Tujuan perubahan ini bagi memberi laluan kepada pentadbiran yang lebih baik dan lebih fokus oleh kumpulan Madrasah Darul Uloom yang diasakan oleh Tuan Haji Afendi sndiri. Dengan ini dapatlah JKP Masjid menumpukan pentadbiran kepada hal ehwal masjid sahaja.

Para pelajar (Cawangan) Taman Sukma diberi tempat tinggal percuma di premis kepunyaan Masjid Taman Sukma yang terletak di perkarangan Masjid Ikhwanul Islam taman Sukma.

Agar lebih telus dan teratur, urus-selia akaun BANK juga diserahkan kepada pihak ketiga iaitu Tuan Haji Omarali Matjais dan Tuan Haji Mohd Ibrahim Nordin.

Barang siapa yang ingin memberi sumbangan boleh melakukan transaksi berikut:
1. Perpindahan Wang Online antara bank ke akaun, atau
2. Deposit wang Tunai melalui Mesin Deposit atau Kaunter Bank Rakyat, atau
3. Cheque

ke Nombor akaun Bank Rakyat 11-131-2010092, atas nama  "Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Taman Sukma"
 

2-Jan-2017

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama