Catatan lawatan oleh Ustaz Wan Abdul Rahman Wan Hamad, Imam Masjid Sukma semasa lawatan ke Pusat Tahfiz Haji Abdul Wahad dekat Bandar Pontianak, Indonesia. Catatan ini ditulis ketika di atas bas menuju ke kuching
19 Jun 2013 - Rombongan kami diketuai oleh bapak Gebenor (Hj Basri) bersamanya Haji Abu Salim, Saudara Idris Hasbi dan Saudara Nordin Bolhasan telah mengadakan lawatan ke Pondok Ustaz Haji Abdul Wahad, pengasas pusat tahfiz yang telah didirikan selama lebih dua tahun di atas semangat umat Islam sekitar dan orang kampung. Tempatnya tidak jauh dari pusat bandar pontianak. perjalanan kami mengambil masa setengah jam untuk sampai ke sana. Kawasan pedalaman yang di kelilingi oleh perumahan dan sedikit kebun kecil.
Apa yang menariknya ialah selain Haji Abdul Wahad (Alhafiz) isterinya juga hafizah dari utara Jawa. Mereka berganding tenaga berdakwah dan menyebar semangat menghafaz alquran kepada generasi akan datang. Berkat kedua pasangan ini menubuhkan dan mengembangkan ilmu alquran hidupnya diberkati Allah. Mereka dikurniakan lima orang anak. Alhamdulillah isteri Haji Abdul Wahad menjadi suri rumah sepenuhnya dan menyediakan makanan kepada pelajar tahfiz.
Abd Wahad hanya mengambil pelajarnya dari kalangan mereka yang benar ingin menghafaz alquran. Masa menghafaz dan mengulang diatur dengan baiknya. waktu menghafaz mestilah tumpu sepenuhnya seperti penggunaaan handphone dan tv tidak dibenarkan.
Kini ada seorang dikalangan tahfiz nama arif telah menghafaz dua puluh juzuk. Alhamdulilllah kami sempat mendengar bacaannya dan suaranya menarik dan disertai dengan burdah. Masyallah sungguh merdu suaranya.
Ketika kami bersembang dengan Haji Abd Wahad mata kami kelibat melihat seni khat yang cantik tergantung didinding Masjid. Seni khat tangan yang diusahakan oleh salah seorang ahli jammah. Untuk makluman sepenuhnya sila bertanya dikalangan kami yg pergi ke pondok itu.