Ustaz Kazem Elias - Kuliah Suboh



Solat dan Kuliah Suboh bimbingan Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz di Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma, Kuching.




Nak kenal Ustaz Muhamad Kazim
Facebook

Pusat Pendidikan Al Baraqah


Al-Fadhil Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al-Hafiz adalah anak jati Perak yang dilahirkan pada 28 November 1972.  Beliau memulakan kehidupan sebagai pelajar tahfiz pada 1991 sehingga memperoleh Diploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat.


Beliau merupakan seorang pendakwah bebas sejak tahun 1990. Atas sambutan orang ramai yang berminat untuk mendalami ilmu agama maka pada tahun 1995, Beliau telah mengambil inisiatif untuk membuka kelas pengajian kepada orang ramai di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Maxwell, Ipoh. Apabila jumlah pelajarnya semakin bertambah, maka Ustaz Mohd Kazim telah berpindah ke rumah kedai dua tingkat yang lebih besar di Silibin di bawah nama Sedaya Irham.

Sewaktu di sini jumlah pelajar yang mengikuti kelas pengajian semakin bertambah dan bagi menampung jumlah permintaan tersebut maka tercetusnya idea untuk mambangunkan sebuah pusat pendidikan. Berkat bantuan Allah SWT, pada tahun 2004 melalui satu lelongan awam di Mahkamah Ipoh, sebidang tanah telah dapat dibeli dengan harga RM45,000. Di tanah lot beralamat 61083, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, Makam Ulu Kinta, Perak didirikan pusat untuk Maahad Tahfiz dan pondok moden yang dinamakan Pendidikan Al-Barakah.

Selain mengajar sepenuh masa untuk kelas pengajian di Pusat Pendidikan Al-Barakah, beliau juga aktif menyampaikan kuliah dan ceramah bukan sahaja di negeri Perak tetapi juga di seluruh Malaysia. Beliau juga adalah merupakan penceramah tetap di Radio Perak FM. Maklumat lebih lanjut beliau, karya-karya beliau dan Pusat Pendidikan Al-Barakah boleh diperolehi daripada http://www.albarakah.org.

 BUKU: Tuhan Sedang menguji Kita:

  Pengisian Menarik :

- Manisnya Ujian Allah
- Kala Allah Mengujimu
- Kita Lupa Ketika Senang
- Iktibar Daripada Musibah
- Cinta Itu Menyedarkanku
- Salahkah Berkahwin Muda?
- Antara Cinta Dan Kenangan
- Anakku...Siapa Sahabatmu?
- TUHAN...Berkatilah Rezekiku
- Sabarlah Melaksanakan Dakwah


Berbekalkan pengalaman selama 22 tahun sebagai penceramah kini diterjemahkan dalam bentuk tulisan - buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita - untuk dijadikan panduan semua pihak. Mohammad Kazim Elias berkata, buku tersebut adalah kisah peribadinya yang melalui liku-liku kehidupan sebagai penceramah.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut pelbagai dugaan yang ditempuhi antaranya kesusahan, masalah keluarga, sakit dan pelbagai lagi. Namun itu adalah dugaan yang diberikan oleh ALLAH kepada saya, bagaimana untuk menghadapi masalah yang melanda kerana ia merangkumi semua aspek.

“Berkat kesabaran dan panduan yang diberi oleh ALLAH melalui kitabnya iaitu al-Quran saya dapat mengatasinya. Oleh saya terjemahkan dalam buku bagi kita sama-sama menjadikan ia panduan,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Tuhan Sedang Menguji Kita yang disempurnakan oleh Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali.

Selain daripada menjadi penceramah beliau turut menubuhkan Sekolah Maahad Tahfiz dan pondok moden yang dinamakan Pusat Pendidikan Al-Barakah.

Mohammad Kazim yang turut dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias berkata, ini merupakan buku yang keenam diterbitkan dan pertama oleh Karangkraf.


Catat Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina

Terbaru Lebih lama