Derma Kilat bagi Mangsa Kebakaran

Dengan segala hormatnya pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid ingin merakamkan ucapan takziah kepada Saudara Bolhassan bin Ramli serta keluarga di atas kebakaran rumah mereka di Lot 756, Lorong Piala 7C, Taman Sukma pada hari Rabu, 31 Mac 2010 jam 4 petang.

2. Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa telah memutuskan bahawa Kutipan Khas untuk tujuan tersebut di atas melalui Tabung Solat Jumaat pada 2 April 2010 / 17 Rabiulakhir 1431H akan disalur dan diserahkan terus kepada Saudara Bolhassan bin Ramli serta keluarga bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

3. Segala sokongan dan keprihatinan pihak Tuan / Puan dalam perkara ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih. Semoga sumbangan ikhlas Tuan / Puan akan diberkati oleh Allah S.W.T.

Sekian, harap maklum. JAZAAKALLAHU KHOIRAA

Catat Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina

Terbaru Lebih lama