31 Mac 2010 - Peristiwa Musibah Jiran Kita

2 April 2010 (Jumaat) - Berikutan kebakaran rumah jiran tetangga, satu kutipan derma telah diadakan dan telah berjaya diserahkan kepada Saudara Bolhassan bin Ramli oleh YB Tuan Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang juga Penaung Jawatankuasa Pengurusan Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma pada jam 3.00 petang di perkarangan rumah mangsa kebakaran itu. Ia bertujuan untuk meringankan serba sedikit bebanan yang ditanggung oleh beliau sekeluarga. 

Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma dan juga Saudara Bolhassan bin Ramli sekeluarga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang. Rentetan Musibah pada 31 Mac 2010 4.05 petang: Kebakaran rumah Saudara Bolhassan Bin Ramli di Lorong Piala 7C, Taman Sukma pada 31 Mac 2010. Pada ketika itu beliau sedang tidur dan hanya menyedari setelah dikejutkan oleh anak beliau.
4.10 petang: Penduduk mengunakan hose kecil sementara menunggu kedatangan ahli Bomba. Pada ketika yang sama pihak Bomba PJ berada di tempat lain bagi tugas yang sama.
4.15 petang: kemuncak kebakaran dan kerana bahang kepanasan, rumah tersebut tidak dapat dihampiri lagi
Haji Awang Ihwan Awang Sulaiman melaungkan azan sebagai yang dituntut oleh agama kita jika berlaku musibah seperti ini
Ahli Bomba memulakan kerja.
Ahli Bomba dengan tangkasnya meyelamatkan keadaan daripada api merebak ke rumah yang berjiran
4.30 petang: Setelah 5 minit penglibatan pihak Bomba
Ahli menolong ahli keluarga mencari kunci kereta dari dalam beg, namun tidak kedapatan
Penduduk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli Bomba yang dapat menyelamatkan kereta dan api dari merebak ke rumah berdekatan
Hanya Kereta ini yang dapat diselamatkan setelah diangkat beramai-ramai oleh penduduk tempatan

Rakaman: Omarali
Mengunakan: Kamera hp Blackberry
Tarikh: 31 March 2010

Catat Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina

Terbaru Lebih lama