Al-Hafiz Haji Muhamad Tarmizi Bin Haji Hussien

  1. Dilahirkan di Mukah, Sarawak pada tahun 1980 daripada 6 orang adik beradik;
  2. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki;
  3. Pendidikan pra-sekolah di United Kingdom dan sekolah rendah & menengah di Mukah;
  4. Menyambungkan pelajaran di Ma'had Tahfiz Al-Quran Darul Furqan, Kuching pada tahun 1995 - 2000;
  5. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Madrasah Tsanawiyah Madinatunnajah, Jakarta, Indonesia pada tahun 2000 - 2003;
  6. Dan juga di Institut Imam dan Dakwah Rabitah Al-Alam Al-Islami, Makkah, Arab Saudi dalam bidang Kursus Kemahiran Imam dan Dakwah dari tahun 2006 - 2007;
  7. Pendidikan Tertinggi - Tsanawiyah 6;
  8. Pernah mewakili Negeri Sarawak di pertandingan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-17 (1996) & 20 (1999);
  9. Juga mewakili Madrasah ke pertandingan Haflah Hifzil Quran Remaja Peringkat Daerah Jakarta (tahun 2000), Indonesia dan Musabaqah Tahfiz Al-Quran anjuran Al-Haramain Islamic Foundation (tahun 2000), Jawa Barat, Indonesia;
  10. Telah menghadiri beberapa Kursus Imam jangka pendek anjuran JAIS, JAKIM dan Fitrah Perkasa;
  11. Pengalaman kerja sebagai Imam di beberapa buah Masjid & Surau, Penterjemah Bahasa Arab & Inggeris, Guru Al-Quran, Bahasa Arab & Tahfiz;
  12. Dilantik Pegawai Masjid di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai Masjid Negeri Sarawak oleh Majlis Islam Sarawak sebagai IMAM I di MIITS; dan
  13. Juga memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pengurusan MIITS Sesi 2010-2012 - BIRO DAKWAH.
Terbaru Lebih lama