WARKAH UNTUK PELAJAR



WARKAH BUAT INSAN BERGELAR PELAJAR

Pelajar-pelajar sekalian,
Dalam usaha mengejar kejayaan, motivasi dalaman (intrinsik) perlu
senantiasa dibajai agar ia tidak mudah pudar ditelan arus zaman. Ramai di
kalangan pelajar yang mempunyai semangat yang berkobar-kobar tetapi hanya
setakat sehari dua sahaja, umpama peribahasa “hangat-hangat tahi ayam”.



Dalam usaha mengejar kejayaan, sifat tekun dan bersungguh-sungguh amat
perlu disemai kerana ia merupakan pokok segala kejayaan. Kesungguhan menjadi penyumbang 82% bagi kejayaan. Allah berfirman dalam al-Quran:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana
memenuhi kehendak agama kami, nescaya kami tunjukkan mereka
jalan kami.”
(Al-Ankabut : 69)
Dalam usaha mengejar kejayaan, beberapa cendiakawan pernah melontarkan
ungkapan kata-kata sakti yang boleh dijadikan renungan ;

1. Setiap usaha akan bermula pada satu titik. Jangan kita bermula di titik
Yang salah, kerana kita akan tiba di penghujung yang salah.
2. Jadilah kamu sebutir mutiara yang akan menyinari suatu perlimbahan.
3. Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau yang indah, jatuh ke
daratan akan menjadi desa yang permai.
4. Minda kita umpama payung terjun, ia akan berfungsi apabila dibuka.
5. Ingatlah...ke mana kita pergi di situ akan terpampang kaki langit.
6. Jika kita mendongak ke langit, jangan pula kita lupa pada rumput di
bumi.
7. Peliharalah selalu bahteramu, kerana gelombang lautan itu sangat
dalam.
8. Kota Rom tidak akan dapat dibina dalam masa sehari.
9. Don’t you ask what country can do for you, but you ask what you can
do for your country.
10. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama.
11. Ilmu yang tuntut hanya segenggam tangan sahaja. Sebesar dunia lagi
yang belum dipelajari.
12. Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara:
a. Muda sebelum tua.
b. Sihat sebelum sakit.
c. Kaya sebelum miskin.
d. Lapang sebelum sibuk.
e. Hidup sebelum mati.
Pelajar-pelajar budiman, percayalah bahawa keberkatan merupakan unsur
terpenting dalam memburu kejayaan. Keberkatan hanya diperolehi dengan
mendekatkan diri kepada Allah, menghormati guru, sentiasa membaca al-Quran,
berdoa dan bertawakal. Insyaalah, sebutir mutiara hanya akan bernilai jutaan
ringgit setelah dasar lautan dan dicanai oleh tukang yang mahir.
Sekian dulu untuk kali ini, insyaalah berjumpa lagi di lain warkah.

Salam ingatan dari cikgu,

Ibn Hashim al-Kelantani

1 Ulasan

Mohon komen atau teguran yang positif dan membina

  1. satu nasihat yang amat berguna untuk semua pelajar.malah ia juga sesuai untuk orang yang berkerja untuk dijadikan sebagai satu dorongan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama